Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 3 April 2013

Terkini !!! Fasa Ketiga Ops Daulat !!!

LAHAD DATU 2 April - Selepas 28 hari dilancarkan, Operasi Daulat yang membabitkan gerakan ofensif disusuli penggeledahan dan pembersihan kini memasuki fasa untuk menstabilkan keadaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, fasa itu yang secara rasminya bermula semalam akan menyaksikan anggota keselamatan 'berkampung' bersama penduduk.

Beliau berkata, pendekatan tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan keyakinan penduduk untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

"Selain unit dan anggota keselamatan ditempatkan bersama orang kampung, kumpulan keselamatan ini juga akan berada dalam kawasan ladang kelapa sawit yang berdekatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.

Zulkifeli berkata, seiring dengan Strategi Lautan Biru Nasional, kawalan pasukan keselamatan dalam fasa itu juga akan diperkukuhkan dengan penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menurutnya, kedua-dua agensi terbabit akan bertindak mengawasi keselamatan nelayan yang turun ke laut.

Tambah beliau, semua pendekatan diambil itu bertujuan meningkatkan keyakinan mereka dalam memulakan kehidupan di lokasi yang pernah menjadi medan pertempuran pihak keselamatan dengan kumpulan pengganas Kiram.

"Biarpun Ops Daulat sudah memasuki fasa ketiga, namun kekuatan ketenteraan di daerah ini masih dikekalkan.

"Kawalan akan dilakukan secara bergilir oleh pasukan keselamatan, malah kenderaan berperisai akan turut membuat rondaan pada sebelah malam," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu risau terhadap keselamatan diri, keluarga dan harta benda kerana jaminan keselamatan menjadi keutamaan pasukan keselamatan ketika ini.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...