Hari ini Najib Razak dengan rasa tawadhuk mengumumkan parlimen Malaysia dibubarkan secara rasminya. Maka ada yang berteriak, ada yang berdebar dan ada yang tidak ambil tahu pun tentang pembubaran ini.
Apapun reaksi rakyat, yang jelas Parlimen telah dibubarkan dan rakyat akan berhadapan dengan pilihanraya untuk menentukan nasib negara.
Dengan demikian, setiap parti yang akan bertanding telah mengatur langkah dan strategi masing-masing untuk pastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
DAP sudah pasti akan mendapatkan bantuan sepenuhnya dari Singapura untuk mengukuhkan kedudukan mereka. PKR sudah pasti akan berpaut pada US untuk apa sahaja bantuan seperti yang didedahkan di sini.
UMNO/BN? Siapa yang akan bantu mereka kalau bukan mereka sendiri. Sejak dari dulu sampai sekarang BN hanya melangkah sendiri dengan gabungan parti komponen untuk meraih undi rakyat. Ternyata semangat juang BN selama ini telah memberi kemenangan kepada mereka.
4 tahun Najib Razak cuba buktikan kepada rakyat bahawa BN mampu membawa perubahan kepada negara. Walaupun ada pihak yang cuba membuat rusuhan serta kacau bilau, namun tidak sedikit pun melemahkan semangat Najib Razak untuk terus melangkah bersama rakan-rakan.
Hari penentuan semakin hampir. Najib Razak sudah melaksanakan tugas beliau sebagai seorang pemimpin selama 4 tahun. Kini semuanya bergantung pada rakyat untuk menentukan untung nasib BN.
Apakah PRU13 ini adalah penentuan hidup atau mati BN? Ataupun ianya penentuan hidup mati bangsa Melayu?
Seawal kita merdeka, bangsa Melayu cukup jauh ketinggalan samada dari segi pendidikan mahupun perniagaan. Tetapi BN telah buktikan dengan ruang serta peluang yang diwujudkan untuk orang Melayu, hari ini Melayu sudah boleh berdiri teguh dengan jawatan dan aset yang dimiliki.
Owh.. ada orang kata semua itu rezeki yang datang dari Allah.. semua ini bukannya datang dari BN.. Mungkin yang berkata begitu adalah orang yang tidak pernah dengar ayat Quran yang bermaksud "Tidak akan Aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya".
Baca Lagi SINI
No comments:
Post a Comment