Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 15 April 2013

PANAS HANGIT !!! TERKINI!! LAGI GOLONGAN ILMUAN ISLAM JADI AHLI UMNO!!


SEMAKIN menghampiri pilihanraya, semakin meriah pulak aku tengok sejak kebelakangan ni. Mana tak nya, aku perasan yang parti UMNO ni macam lebih Islamik dari PAS yang sejak dulu memperjuangkan Islam namun berubah sejak bertahaluf siasi dengan PKR dan DAP.

Jika dulu kita dapat lihat ramai dari golongan pendakwah dan ilmuan Islam yang menyokong pejuangan PAS dan sekali gus menjadi ahli PAS. Tetapi kali ini segalanya telah berubah. Kita dapat lihat PAS kini telah dianggotai oleh para artis yang konon berhijrah dan golongan munafik sehingga menduduki jawatan tinggi dalam parti tersebut. Apa sudah jadi PAS?

Berita yang baru aku terima malam tadi ni juga bakal membuatkan para penyokong PAS yang masih tegar akan sakit jantung dan mula terfikir benarkah perjuangan PAS ini mengikut landasan Islam.

Malam tadi bertempat di Kampung Seri Aman, Puchong, telah berlangsungnya satu majlis kecil sempena penubuhan cawangan UMNO Baitul Dhuyuf yang dirasmikan oleh bekas ADUN Seri Serdang, Datuk Dr. Mohamad Satim bin Diman. Kesemua ahli cawangan ini terdiri daripada ustaz dan juga pendakwah yang satu ketika dahulu penyokong tegar PAS tetapi kali ini mereka berjanji akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan akan menyokong serta mengundi calon dari Barisan Nasional.

Nik Aziz dengar ni mesti jatuh terjelopok lagi. Hadi Awang dengar maka akan ada amanat yang baru. Anwar dengar ni confirm bertepuk tangan gembira kerana berjaya menghalau golongan ilmuan Islam dari PAS. Senang kerja Anwar dan Lim Kit Siang menganjingkan PAS.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...