Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 15 April 2013

PANAS TERIK!!! Kemelut Dalaman Dap Kian Parah !!!


Kemelut dalaman parti DAP yang sememangnya tidak dapat diselindungi nampak kian parah apabila ada anggota partinya bersedia untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang yang berada dalam Parlimen Ipoh Barat.

R.K. Muthu, penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang berkata, beliau akan bertanding di kerusi DUN Kepayang atas tiket Bebas walaupun menyedari risiko dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada DAP yang dianggotainya sejak 40 tahun lepas.

"Saya akan bertanding di DUN Kepayang sebagai calon Bebas atas kapasiti saya sebagai anggota DAP, saya tidak akan keluar parti. Saya sudah bersusah payah dengan sepenuh masa di DUN Kepayang termasuk di kawasan Parlimen Ipoh Barat," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan hasratnya itu di pusat khidmatnya di sini.
Katanya, DAP akan memutuskan sama ada beliau menentang parti atau menentang pemimpinnya yang mempunyai karakter tidak baik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan perbalahannya dengan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang juga bekas ahli Parlimen Ipoh Barat, yang didakwanya telah menjatuhkan dan memusnahkan reputasinya.

Muthu berkata, pemimpin atasan parti itu termasuk di peringkat negeri menyedari kemelut yang melanda namun tiada seorang pun menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang timbul.

"Kita cakap mahu ubah tapi slogan saya adalah tukar bekas ahli Parlimen Ipoh Barat...Kulasegaran tiada masa untuk mendengar masalah rakyat dan mengatasi masalah di kawasan Ipoh Barat walaupun sudah sembilan tahun menjadi wakil rakyat di situ," katanya.

Beliau meminta pengundi di Parlimen itu memilih seorang yang bijak, berkorban masa selesai masalah setempat serta berjiwa rakyat sebagai wakil rakyat Ipoh Barat dan ADUN Kepayang.

Muthu yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penyelaras Parlimen Ipoh Barat telah 'dipecat' oleh Kulasegaran dengan alasan beliau seorang yang bankrap baru-baru ini.

Beliau kemudian membuka pusat khidmat penyelaras DUN Kepayang di Jalan Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan pusat khidmat Kepayang di bawah Kulasegaran.

Sebelum ini, beliau mendedahkan telah dilantik sebagai penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang oleh ADUN kawasan itu, Loke Chee Yan pada 2008.

Muthu yang juga bekas ahli DUN Teja (dalam Parlimen Gopeng) turut mengumumkan seorang lagi ahli DAP yang merupakan seorang profesional berusia 40-an akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...