Seperti yang dijangka, akan wujud tentangan dan demonstrasi dari golongan yang tidak berpuas hati apabila calon yang mereka idam-idamkan, tidak disebut atau disenaraikan. Sebaliknya yang naik nama adalah orang lain.
Ini tidak sahaja berlaku dalam PKR, PAS mahupun DAP, sebaliknya cukup meriah dalam UMNO dan Barisan Nasional!
Pagi tadi, sekumpulan penyokong UMNO Kelana Jaya telah membuat demonstrasi di hadapan wartawan membantah nama Tengku Riduan Tengku Mansor sebagai calon DUN Seri Setia. Sebaliknya mereka menamakan Halim Abdul Samad atau Yahya Bujang sebagai calon untuk DUN berkenaan.
Alasan demonstrasi ialah, 'KAMI SAYANG UMNO'.
Pengumuman belum dibuat secara rasmi, sebaliknya esok, semua negeri akan membuat pengumuman serentak bagi calon-calon Barisan Nasional. Tetapi nampaknya sudah ramai yang tidak sabar untuk menepuk meja, menghempas kepala ke lantai, mahupun menunjuk penumbuk dengan muka bengis kerana calon-calon mereka tidak disenaraikan.
Apakah kali ini, akan berlaku lagi protes sehingga memenangkan Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku pada tahun 2008?
Kita tengoklah sama-sama!
Sebabnya sangat mudah, masa bagi ucapan, memanglah berapi-api bercerita tentang perjuangan. Tetapi apabila mereka yang bercakap itu perlu membuktikan semangat perjuangan mereka, selalunya merekalah yang paling tak berguna sekali apatah lagi kalau di kalangan mereka itu, terdapat ramai MUNDALIAR dan NANA KATU!!!
am one of them. hate to see old butts whom as if they are unaware of their past misbehaviors and unwanted conduct particular if the person had actually sabotaged the parliament candidate with key "pangkah satu saja yang satu lagi ikut suka". if he had won the dun seat all he wanted is to become ketua bahagian. now he is as the former kb died 2 years ago. the other one is very well known for incontactible. BOTH of them are also very well known for tidak menepati masa, and hope people will wait for them without apology. i may not sabotage but am keen to see fresh faces as umno belongs to everyone and not owned by their forefathers. beware umno, you got to change...win or lose, ones should max their stay to max one term or at most two terms. groom the young ones and give them the opportunity to show their colours. that democracy and not hereditary!!! amen!
ReplyDelete