Oleh RMF7
2008 adalah detik bersejarah dalam politik tanahair dimana cara olahan berkempen menggunakan media sosial diaplikasikan dengan sepenuhnya, Dimasa pihak pembangkang menguasai media sosial dengan tebaran maklumat yang bersifat provokasi, manipulasi , persepsi semuanya dibiarkan begitu sahaja oleh barisan nasional. Penafian dimasa itu hanya lah dilakukan oleh UMNO/BN hanya lah di ceramah ceramah dihadapan penyokong sendiri.
Media sosial dimasa itu hanya lah dianggap tidak memberikan faedah dan kesan kepada pengundi, pengamal media dimasa itu hanya dianggap membuang masa dan ada diantara pemimpin UMNO /BN memberikan gelaran pengamal Blog adalah “Goblog”. Ini memudahkan lagi pihak pembangkang menyalurkan maklumat yang salah tanpa disanggah kepada pengundi.
Kemunculan pengamal media sosial politik diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang mana hanya mampu menjawab tanpa ilmu atau strategi dodalam cybertrooper, ini amat jauh ketinggalan dengan pihak pembangkang yang mana dimasa itu mereka telah pun dilatih secara drastik oleh jurulatih yang dibawa khas dari luar negara.
Sedikit demi sedikit pengamal media sosial pro kerajaan tumbul dan muncul untuk menyaingi dan memutihkan kembali isu isu yang di manipulasikan. Dimasa ini ada diantara UMNO bahagian melarang sama sekali menjawab isu di internet kerana berpegang pada prinsip menjaga nama pemimpin dan takut merosakkan nama baik bahagian.
Maka sekali lagi pengamal media Pro kerajaan dilevelkan sebagai individu yang tidak menyokong UMNO/BN bila mana mengkritik tindakan tindaka kepimpinan disemua peringkat kerana tindakan mereka yang bercanggahan dengan agenda perjuangan parti. Perkara ini berlaku bila mana krisis kepercayaan dan kepimpinan berlaku pada tahun 2004- 2008 sehinggakan penguasaan UMNO/BN di lima buah negeri tumpas.
Harga yang cukup mahal terpaksa dibayar oleh kepimpinan semua peringkat akibat tindakan menjaga periuk nasi dan jawatan tanpa mahu menyanggah kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan pada masa itu.
Dimasa yang sama pro kerajaan terus menerus memberikan peringatan dan amaran keras terhadap orang orang UMNO/BN tentang kesilapan yang berlaku dan seharusnya ditegur. Selepas ini, pihak kepimpinan mesti bersikap proaktif dalam menerima apa juga pandangan dan cadangan dan menapis semua isu yang ditebarkan di media sosial dan memberikan kepercayaan kepada semua pihak untuk mennanganinya terutama penglibatan penjawat didalam UMNO/BN sendiri.
Sejak hari itu, sejak kejatuhan lima buah negeri, sebagaimana biasa sikap atau perangai pemimpin BN/UMNO, baru la ada yang menangis akibat kekalahn tersebut, menyesal sekejap untuk “berlakun” dihadapan penyokong. Tidak sebagaimana yang mereka selalu laung kan didalam ucapan mereka, Kesetiaan kepada Parti, berjuang untuk parti, berkorban untuk parti semua itu retorik kerana untuk menjaga pangkat dan jawatan sahaja.
Perdana Menteri dan Timbalannya bekerja begitu kuat sekali dari hari pertama mereka menjawat jawatan masing-masing sahinggalah waktu Pilihanraya Umum ke 13. Mereka sedaya upaya cuba memenangi hati rakyat semua kaum. Mereka mengolah pelbagai kaedah untuk memenangi semula hati rakyat yang sudah tercalar susulan sikap pentingkan diri para pemimpin pada masa itu.
Sepatutnya sekarang, BN/UMNO telah mula mengatur langkah bersepadu, tanpa memikirkan prihal perebutan jawatan, pangkat tetapi terus mula bekerja untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang dominan menguasai politik yang berkepentingan untuk Agama Islam, Orang Melayu dan Negara Malaysia.
Gunting dalam lipatan yang membunuh UMNO /BN dari dalam haruslah dihukum dahulu penyebar maklumat didalam Jabatan Perkhidmatan Awam, guru guru juga harus di kenalpasti bagi memastikan bahawa agenda pembangkang tidak dapat maklumat dalaman.
Semua perihal yang berkaitan dengan Agama , Bangsa dan Negara mesti ditangani dengan segera dan tegas, kesilapan Hisahamuddin Tun Hussein adalah kerana terlalu menjaga jawatan dan prestasi sehinggakan banyak orang naik lemak dan minyak untuk melakukan apa sahaja tanpa tindakan sehingakan melibatkan keselamatan negara.
PRU 12 pada tahun 2008 adalah TSUNAMI CINA PERTAMA. Selepas daripada itu Perdana Menteri dan TPM berusaha untuk memperbaiki sokongan bangsa Cina kepada CINA BN. Usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan TPM bermula dari Perdana Menteri mengambil tampok pemerintahan sahinggalah 4 Mei 2013 iaitu sehari sebelum tarikh mengundi.
Semua rakyat berbangsa Melayu tahu akan usaha gigih yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini. Apa hasilnya? TSUNAMI CINA tetap jugak berlaku untuk KEDUA KALI. Apakah anda semua fikir bahawa TSUNAMI CINA tidak akan berlaku bagi kali KETIGA?
Jika pemimpin UMNO/BN membaca semula apa yang telah dipostkan pada tahun sebelum ini, dan mengambil ianya sebagai peringatan diri , saya beranggapan kita masih lagi dapat mengurangkan kekalahan yang melibatkan banyak negeri. Akan tetapi siapakah yang mahu mendengar coretan blogger, cybertrooper yang tiada kaiatan jawatan didalam BN/UMNO. Sekarang terima lah akibatnya.
Mencapai Kemenangan Melalui Kebebasan, Harapan Dan Peluang Untuk Kemakmuran Dan Daya Saing Di Malaysia Dengan Melatih Bakat Kepimpinan Baru, Memodenkan Infrastruktur, Mewujudkan Kepimpinan Bersih Dan Urus Tadbir Yang Baik
DAP mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam sejarah pilihan raya kita bagi Pilihan Raya Umum 2013, dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen dan 95 daripada 103 kerusi negeri yang kita tandingi. (Dengan 12 kerusi yang sedia ada di Sarawak, DAP kini mempunyai 107 Ahli Dewan Undangan Negeri). Kita merasa bangga DAP kini adalah parti yang benar-benar Malaysia kedua terbesar dengan wakil rakyat terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Kadazan.
Keputusan berani pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk menanggung risiko besar dengan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah berjaya menangkap imaginasi masyarakat di seluruh negara dan merupakan faktor utama dalam memacu kemenangan pilihan raya DAP, terutamanya di Johor.
DAP juga memenangi undi popular, dengan mencatatkan majoriti tertinggi lebih 50,000 oleh Sdri Teresa Kok serta membantu Pakatan Rakyat memenangi majoriti 2/3 di negeri-negeri kubu kuat kita di Pulau Pinang dan Selangor.
Kita memenangi semua kerusi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Dari segi undi popular, tidak ada negeri yang menghampiri jumlah 68% seperti yang diperolehi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, lonjakan peningkatan 8% berbanding pilihan raya umum 2008.
DAP menang dengan menwarkan kebebasan, harapan dan peluang; berbanding penipuan, ketakutan dan politik wang. DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari.
Salah satu titik perubahan utama adalah tindakan melampau BN dalam menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi pilihan raya umum. Tindak balas pantas DAP dalam menganjurkan “Go Bald To Protest Money Politics” sebuah kempen yang sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar dan memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN.
Ramai wanita di seluruh negara bersedih apabila mereka melihat isteri Lim Guan Eng dan wanita DAP membotakkan kepala dan terus memasang azam untuk menghukum BN. Perkara ini merupakan satu politik simpati yang diamalkan oleh DAP untuk mencapaikan matlamat mereka. Apakah ada diantara Pemimpin UNMO/ BN yang sanggup berkorban sehingga tahap ini?
Pada PRU13 kali ini dengan kadar keluar mengundi bersejarah yang mencapai 84%, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mahu mengambil bahagian dalam proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang tulen.
Pakatan Rakyat memenangi undi popular sebanyak 51% berbanding dengan hanya 47% untuk BN. Margin kemenangan adalah lebih besar di Semenanjung Malaysia sebanyak 53% bagi Pakatan Rakyat berbanding 45% untuk BN. Pakatan Rakyat memenangi 55% undi popular di Perak, namun tetap hilang kuasa.
Kita mempunyai kerajaan minoriti BN di Putrajaya, Perdana Menteri minoriti BN dan Menteri Besar minoriti BN di Perak. Demokrasi tidak membenarkan minoriti memerintah majoriti. Ini lah kaedah dan taktikal yang dimainkan sekarang. Akan tetapi sedar atau tidak , bahawa ada cara lain untuk mereka menidakkan kemenangan BN/UMNO.
Kita bernasib baik kerana semua ini tertakluk kepada sistem Perlembagaan didalam negara ini, Jika tidak, menyanyi lagu Dongdang Sayang lah BN/UMNO.
Sekarang mari kita lihat, Bagaimanakah pulak dengan keadaan sekarang ini; TIADA SATU WAKIL CINA daripada BN yang dilantik ke dalam KABINET MENTERI, akan memperlihatkan IMPAKNYA? Apakah anda semua fikir TSUNAMI KE 3 tidak akan berlaku?
Sama-samalah kita renungkan,apa akan terjadi kepada bangsa Melayu kita pada PRU ke 14! Apakah BENAR PRU ke 14 itu nanti, akan menjadi PRU yang terakhir buat bangsa Melayu?
Jika Tsunami Cina tetap berlaku pada PRU ke 14 dan salah satu daripada KEBARANGKALIAN 1 atau KEBARANGKALIAN 2 menghasilkan IMPAKnya, Kerajaan Pusat bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah menyanyi beramai-ramai: Menyanyikan lagi keegoaan yang tlah meranapkan amanah yang diberikan..
Banyak orang menganggap bahawa SABAH dan SARAWAK adalah FIXED DEPOSIT untuk BN. Bagi saya, itu dulu boleh kita kata, tetapi AKAN DATANG keadaan boleh BERUBAH. Jika anda semua tidak percaya,anda boleh lihat. Sekarang ini, 33% iaitu 1/3 daripada jawatan KABINET diberi kepada SABAH dan SARAWAK.
Sabah (22/25 BN Menang) mendapat 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Begitu jugak Sarawak (25/31 BN menang) mendapat 4 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Apa maknanya? Maknanya,PM sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Dengan harapan pada PRU ke 14 nanti,rakyat Sabah dan Sarawak tetap memberi sokongan kepada Kerajaan BN.
Apakah itu saje harapan PM? Tentu sekali tidak! PM jugak takut kalau-kalau terjadi TSUNAMI BBI ( Bumiputra Sabah Bukan Islam ). Manalah tahu, ada DALANG yang akan mempengaruhi PEMIMPIN serta RAKYAT mereka ini! Tsunami Cina sememangnya dah berlaku.
BN agak selamat di Sarawak tetapi di negeri Sabah ada kelainan sedikit. Di Sabah pada PRU 13, BN diselamatkan oleh pertandingan beberapa penjuru. Hal sedemikian,perpecahan undi kepada beberapa calun yang bertanding menjadi penyebab BN menang agak selesa.
Jika terjadi 1 lawan 1 di Sabah berkemungkinan Parti Pembangkang boleh mendapat sejumlah kerusi yang dapat membantu meningkatkan kerusi Pembangkang.
Joseph Pairin Kitingan adalah Pemimpin Bumiputra Bukan Islam yang sangat berpengaruh di negeri Sabah. Dia mempunyai SEJARAHnya tersendiri. Alhamdulillah, dia masih berlaku setia dengan BN pada PRU 13.
Pada tahun 1985 Tan Sri Joseph keluar daripada Parti Pemerintah iaitu Parti Berjaya( Harris Saleh) ketika itu, dan menubuhkan Parti PBS. Pilihanraya DUN Sabah,Partinya menang 25 daripada 48 kerusi iaitu Majoriti Mudah dan memerintah Sabah.
Disebabkan kemenangan PBS dengan margin yang kecil maka terjadi huru-hara di Sabah yang didalangi oleh parti yang kalah. PBS bertindak dengan pekenan YDP Sabah membubarkan DUN. Pilihanraya DUN Sabah diadakan semula pada tahun 1986,sekali lagi kemenangan berpihak kepada Parti Joseph Kitingan iaitu PBS.
Kali ini,PBS mendapat 34 daripada 48 kerusi dan bergabung dengan BN untuk menjadi Parti Pemerintah di Sabah sahingga tahun 1990.
Pada Pilihanraya Umum 1990 iaitu beberapa hari sebelum Pilihanraya,Parti Joseph Pairin Kitingan,PBS bertindak KELUAR daripada BN untuk menyertai GAGASAN RAKYAT, bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah dengan harapan dapat menawan KERAJAAN PUSAT.
Allah SWT lebih menyayangi pemimpin Islam BN,rancangan GAGASAN RAKYAT GAGAL. Walaupun GAGASAN RAKYAT itu gagal tetapi PBS menang BESAR iaitu 36 daripada 48 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen dapat jugak kepada PBS. Si Joseph Pairin Kitingan ni, dapat semula berkuasa di negeri Sabah sahinggalah Pilihanraya Umum 1994.
Disebabkan perangai Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang tidak tentu, penyebab kepada parti UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 untuk menawan hati penduduk negeri Sabah. Hasil kemasukan UMNO ke Sabah,BN memenangi 23 kerusi DUN daripada 48 pada Pilihanraya Umum 1994 dan PBS masih lagi memerintah Sabah dengan margin kemenangan yang tipis iaitu hanya 25 kerusi. Sekali lagi,keadaan tidak menentu berlaku di negeri Sabah. Pada ketika inilah berlakunya LOMPAT KATAK beberapa pemimpin PBS ke dalam BN yang diketuai oleh Datuk Lajim Hj Okin.
Sekian tahun PBS menjadi Pembangkang akhirnya mereka masuk kembali ke dalam BN pada tahun 2002 sahinggalah sekarang.
Persoalannya, jika PRU ke 14,si Joseph Pairin Kitingan ini membawa PBS KELUAR SEMULA daripada BN untuk bersekongkol dengan PAKATAN RAKYAT,agak-agaknya macam mana pulak KEPUTUSAN PILIHAN ketika itu.
Apabila berlaku hal sedemikian, Lim keat Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh SPONSOR untuk membuat KENDURI ARWAH besar-besaran 7 MALAM BERTURUT-TURUT bagi merayakan kemenangan mereka diketuai oleh Hadi Awang,Nik Aziz dan Anwar Ibrahim selaku IMAM PEMBACA TAHLIL untuk Umat Islam Berbangsa Melayu.
Pada PRU ke 13 yang lalu, jelas kelihatan PENGUNDI INDIA memihak kepada BN. Perkara ini lebih jelas kelihatan bagi kawasan-kawasan luar bandar. Cuba kembali semula pada perangkaan bagi 34 kawasan yang dimenangi TIPIS oleh BN tolak Sabah dan Sarawak menjadi 34 – 12 = 22. Berkemungkinan, PENGUNDI INDIA adalah FAKTOR penyebab kepada kemenangan tipis BN.
Bayangkanlah,jika pada PRU ke 14 nanti pengundi India dipengaruhi oleh DALANG-DALANG PENGKIANAT NEGARA yang akan meracuni mereka supaya BERPALING TADAH seperti yang dilakukan oleh BANGSA CINA maka perangkaan akan menjadi seperti dibawah:
BN = 133 – 22 = 111 berbanding dengan PR = 89 + 22 = 111
Itu bagi kawasan yang telah dianalisa seperti diatas. Bagaimana pulak kedudukan pengundi India dikawasan-kawasan lain yang tidak diambil kira.
Jika terjadi Tsunami India pulak dek kerana hasutan PENGKIANAT, KERAJAAN PUSAT berkemungkinan bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Pada ketika itu, BANGSA MELAYU akan BERSATU-PADU buat julung-julung kalinya bukan untuk KEJALAN RAYA tetapi sekadar cukup berada dirumah, bersama-sama menyanyikan lagu SALAM TERAKHIR.
Strategi mereka telah berjaya dan mereka akan menggunakan lagi strategi ini pada PRU 14 dengan perancangan yang lebih teliti. Pengkianat bangsa Melayu yang menentang Kesatuan Umat Islam Arus Perdana berpuas hati, kerana dapat menjatuhkan rakan SEBANGSA dan SEAGAMA dengan mereka.
Tetapi tidak kepada bangsa Cina. Mereka sekarang sedang meneliti dengan lebih mendalam, apa lagi strategi yang boleh mereka ambil bagi MENAWAN NEGARA INI. Sebenarnya,mereka begitu yakin sekali dapat MENAWAN negara ini pada PRU 13.
Tetapi, Allah SWT lebih menyayangi bangsa Melayu beragama Islam untuk terus memerintah negara ini. Perkataan ‘Ini Kalilah’ disebut-sebut oleh bangsa Cina dimana saje mereka berada.Seolah-olah ungkapan ini diucapkan sebagai SUATU TINDAKAN BERSEPADU yang akan mereka lakukan pada PRU 13 yang lalu.
No comments:
Post a Comment