Oleh:Flying Kick:Tidak lama lagi persidangan agung tahunan UMNO pun akan berlangsung. Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kita akan mendengar teriakan hebat, laungan penuh semangat dan iltizam yang kalau diterjemahkan, mampu mencabut Tur Sina sampai ke akar-akarnya. Kita juga akan mendengar segala macam pujian, saranan, kritikan bahkan pemujaan melampau sepertimana Anwar memuja Mahathir dalam setiap ucapannya sewaktu masih menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu.
Namun seperti biasa jugalah semua semangat membela Melayu dan Bumiputera itu hangat di dalam Dewan Merdeka sahaja. Selepas keluar dari Dewan dan selepas tamatnya persidangan maka puak-puak yang berucap sampai nak terkeluar anak tekak itu kembali semula merangka untuk diri sendiri dan puak yang menyokongnya serta kaum kerabat masing-masing. Dua tahun lagi laungan, teriakan dan semangat Melayu-Bumiputera dan mereka sahajalah yang sangat Melayu, akan kembali kedengaran.
Sebanyak 13 kali mandat telah diberikan kepada UMNO untuk terus menjadi peneraju kerajaan menerusi gabungannya dengan parti-parti yang lain. Kalau sebelum ini, UMNO kelihatan sangat terhutang budi dengan MCA dan MIC yang mewakili teras penyokong masing-masing, kali ke13 menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hanya disokong oleh Melayu-Bumiputera.
Banyak perkara yang telah UMNO lakukan dari tahun 1955 sehingga sekarang. Banyak juga kesilapan yang telah dilakukan. Dari sebuah parti yang berorientasikan kekampungan, yang menyediakan latihan mahupun bantuan kepada orang kampung yang merupakan penyokongnya termasuklah kelas masak memasak dan jahitan, sekarang ini UMNO lebih banyak bercakap tentang golf, tentang hotel lima bintang, tentang projek ratusan juta dan tentang usahasama dengan orang asing yang dikatakan lebih menguntungkan. Bahkan sehingga ada pemimpin UMNO sendiri yang melabelkan orang Melayu-Bumiputera tidak mempunyai daya saing dan berpengalaman sehingga membuatkan mereka memilih chinabeng sebagai rakan kongsi.
Puak korporat Melayu, ramainya menjadi KEPARAT Melayu. Setelah mereka naik dan diletakkan ke jawatan atau kedudukan yang baik, bukan mereka hendak pulangkan semula jasa bakti Melayu-Bumiputera yang telah menghantar mereka pada kedudukan itu, sebaliknya ramai yang mendabik dada, mereka berada dalam kondisi terbaik kerana usaha mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka amat bergantung kepada projek Kerajaan Pusat dan kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana status Bumiputera.
Lebih malang lagi bila ada manusia Melayu seperti NAZIR RAZAK dan CEO AIR ASIA X yang mula bercakap tentang RASIS dan cuba membuktikan liberalnya mereka dan tidak bergantungnya mereka kepada status Melayu yang ada pada diri. Tanpa sedikit pun terhutang budi kepada jasa Melayu-Bumiputera yang ada pada mereka, manusia seperti ini ibarat melumur tahi ke muka sendiri kerana cuba mengajar masyarakat tentang liberalisme.
Walhal sebarang kedudukan dan kemewahan yang mereka kecapi sekarang merupakan hasil bantuan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri tiada keupayaan untuk bernafas dengan sendirinya jikalau UMNO dan Melayu-Bumiputera tidak cukup RASIS sebagaimana yang mereka malukan!
Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin UMNO. PRU13 telah membuktikan tanpa Melayu-Bumiputera, mereka sekarang ini hanyalah pengemis politik yang menadah tempurung di sana sini sambil berkongsi nostalgia. Masa sudah sampai untuk mereka membalas budi Melayu-Bumiputera yang selama 56 tahun hanya melihat bagaimana para pemimpin UMNO bertukar menjadi sesumpah yang cakap mereka tentang Melayu-Bumiputera hanyalah apabila mereka ada kepentingan dan pada waktu lapang. Sedangkan apabila mereka berkuasa, yang mereka pandang, yang mereka pegang, yang mereka percayakan adalah bukan Melayu-Bumiputera.
Kalau anda rasa mahu menyanggah kenyataan ini, cuba anda tanya setiap pemimpin UMNO, rumah mereka yang diubahsuai, siapakah kontraktornya... Bengkel kereta atau pusat servis kenderaan milik siapakah yang mereka jengah... Kedai pakaian milik siapa yang mereka paling gemari.... Beras keluaran syarikat mana yang mereka gunakan... Sekolah manakah yang menjadi pilihan untuk anak masing-masing....
Sembang sahaja tak guna. Jangan jadi macam PAS... Masa muktamar, masa ceramah, masa kempen, merekalah Islam. Amalan mereka sahajalah yang Islam, tetapi apabila time praktikalnya, merekalah yang paling munafiq sepertimana tahaluf siyasi mereka dengan DAP dan PKR mahupun keputusan yang amat mudah berubah...
UMNO perlu ingat, liang lahad sudah siap untuk UMNO... Kafan juga sudah tersedia. Bahkan kapur barus dan air mawar termasuklah payung kertas juga sudah tersedia. Hanya menunggu UMNO mati sahaja... Jangan salahkan Melayu-Bumiputera kalau mereka sendiri yang mentalqinkan UMNO dan manusia seperti Nazir Razak akan bercempera lari ke luar negara bagaikan kera putus ekor!
No comments:
Post a Comment