Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 11 June 2013

PM DENGAR LAH RINTIHAN BLOGGER !! BILA NAK BUAT PEMBERSIHAN AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN!!!

OLEH :FLYING KICK:Antara perkara yang menaikkan darah orang Melayu dan Bumiputera di negara ini ialah kekangan yang dilakukan oleh pelbagai agensi termasuklah bank-bank kerajaan dengan pelbagai red-tape.

Ia samalah seperti dalam jabatan-jabatan kerajaan yang tidak langsung menyebelahi orang Melayu mahupun Bumiputera walaupun dasar-dasar dan polisi kononnya untuk Melayu dan Bumiputera.

Akhirnya Melayu dan Bumiputera menyalahkan kerajaan UMNO-BN kononnya cakap sahaja lebih sedangkan tindakan langsung tidak menepati apa yang dicanangkan.

Bukan rahsia lagi apabila masalah tersebut sebenarnya dilakukan oleh pegawai-pegawai yang hala dan fikrah politik mereka adalah menentang kerajaan.

Kita tidak membicarakan tentang pegawai pro kerajaan yang menyonglap atau mencuri kertas kerja orang lain untuk diletakkan nama mereka atau proksi.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan Barisan Nasional memulakan langkah membersihkan segala jabatan, kementerian mahupun agensi daripada anasir-anasir subversif yang sering bertindak sebagai gunting dalam lipatan terutama sekali yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan.

Amalan sekarang yang memberikan kemudahan kenaikan pangkat dan peningkatan gaji untuk puak-puak ini sudah seharusnya dihentikan.

Sebaliknya apa yang dicadangkan oleh DAP sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya iaitu mengurangkan jumlah kakitangan awam sehingga 80% perlu dinilai dan diambil perhatian.

Kalau DAP yang kerap mendabik dada tahu bahawa penyelesaian untuk mengatasi masalah red tape dan mendapatkan kepercayaan rakyat menerusi kakitangan awam dan agensi kerajaan yang lebih cekap serta bekerja untuk parti, sikap murah hati serta prihatin UMNO dan Barisan Nasional selama ini tidak ubah seperti memasang perangkap untuk menjerut diri sendiri.

Telah terbukti banyak jabatan dan agensi kerajaan menjadi pacat yang menyedut darah berbanding menambahkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Pembersihan perlu dilakukan dengan sepantas mungkin sebelum rakyat menghumban Barisan Nasional pada PRU14 nanti. Apatah lagi kecenderungan ke arah itu sedang bersemarak dan sedang subur.

Tak payahlah sembang tentang kerajaan ini adalah kerajaan rakyat. Tidak ada mana-mana parti politik yang diberikan kuasa memerintah di dunia ini yang bercakap atau mengamalkan sebagaimana Barisan Nasional kerana terbukti perbuatan seperti itu hanya merugikan dan membunuh parti itu sendiri.

Bukankah UMNO dan Barisan Nasional juga sedang berhadapan dengan trend yang sama? Takkan tak belajar-belajar lagi?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...