Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 12 March 2013

Terkini!!! Lagi Pejuang Negara Terkorban di Lahad Datu



Anggota ATM yang dilaporkan mengalami kecederaan dan diterbangkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter polis dalam kejadian serangan hendap di ZL 10, Sungai Nyamuk jam 10:34 pagi tadi, telah disahkan meninggal dunia.

Pada 1 Mac lalu, dua orang pegawai dan anggota polis terbunuh dalam tipu perdaya lanun Sulu di Kampung Tandou apabila mereka terkorban di tangan penembak tepat lanun-lanun Sulu setelah diumpan dengan kibaran bendera putih oleh pengganas-pengganas tersebut sebagai isyarat untuk menyerah diri.

Manakala pada 2 Mac pula, enam orang pegawai dan anggota polis terbunuh dalam satu serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna.

Kejadian terbaru ini menjadikan jumlah anggota keselamatan Malaysia yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia sebagai 9 orang. Manakala pengganas-pengganas lanun Sulu itu pula adalah seramai 59 orang telah berjaya dibunuh mati, manakala lebih 100 orang yang lain telah ditahan termasuklah empat orang wanita yang disyaki mempunyai hubungan dengan lanun-lanun Sulu tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...