Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 8 April 2013

Terkini !!! 32 Ditahan Bersama Senjata. 15 Mayat Akan Dibawa Keluar ???


Sejumlah 15 mayat yang ditemui di Kampung Tanduo hari ini dalam proses untuk dibawa keluar pada  petang ini - Pesuruhjaya Polis Sabah

Sebuah bot bersama 32 individu dari negara jiran telah ditahan oleh Pasukan Keselamatan. Turut dirampas beberapa senjata berbahaya di perairan Tambisan, Lahad Datu pada jam 2 pagi tadi.

Pasukan Askar Wataniah terdiri dari rakyat Sabah akan dibentuk untuk sertai Esszone dalam masa terdekat - Zahid Hamidi

Pasukan forensik polis hari ini mula mengeluarkan mayat-mayat pengganas Kiram yang mati dalam serangan pasukan keselamatan ketika Ops Daulat di Kampung Tanduo baru-baru ini.

Setakat pukul 4.25 petang ini, sebanyak lima mayat telah pun dikeluarkan daripada tiga lubang berasingan yang dijadikan kubur oleh kumpulan pengganas terbabit.

Kubur-kubur itu pernah ditemui pihak polis sebelum ini, namun mayat-mayat tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas pasukan forensik diserang saki-baki pengganas ketika melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit sebelum ini.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kapal dari Filipina itu ditahan ketika cuba memasuki perairan negara ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...