Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihak pembangkang terutamanya Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham sebenarnya begitu tertekan dengan pendedahan berkaitan transaksi tanah di Negeri Kelantan kepada syarikat yang dimilikinya hampir 100 peratus.
"Selama ini, mereka ini digambarkan sebagai parti yang bersih dan telus tetapi apabila timbulnya skandal pemilikan tanah seluas 10,526 ekar di Kelantan baru-baru ini, pembangkang jadi tertekan kerana transaksi ini berlaku di luar pengetahuan pucuk kepimpinan DAP sendiri.
"Oleh itu, saya melihat jemputan untuk menyertai Debat Darul Ridzuan anjuran Pakatan Rakyat dengan tajuk ‘Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Dr. Zambry Abd Kadir Kayakan Kroni - Siapa Berdusta' satu lagi kempen murahan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.
‘Bagi saya ini kerja buang masa. Banyak lagi kerja yang kita kena laksanakan untuk hulur bantuan kepada rakyat seperti yang diputuskan dalam Bajet 2013," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Hamidah mengulas surat jemputan yang dihantar Pakatan Rakyat Perak kepada Menteri Besar untuk menyertai debat rakyat yang dijadual berlangsung di 23 Januari pada jam 8 malam di Hotel Exelcior, dekat Ipoh.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat berkata, isu Rumah Perak yang dibangkitkan pembangkang juga sudah dibahas dan diberi penjelasan pada sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Disember lalu.
"Ini bukan isu baru dan ia telah dibahaskan secara terperinci dalam dewan tempoh hari dan mengapa kita perlu berdebat dan menjawab persoalan pembangkang semata-mata untuk memuaskan hati mereka.
"Walaupun kita telah jelaskan dalam dewan mengenai isu Rumah Perak di Pulau Pinang, Koo Ham sehingga hari ini masih gagal memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan transaksi yang berlaku antara kerajaan negeri Kelantan dengan syarikat yang dimilikinya.
"Penjelasan berkaitan nilai tanah, imbuhan serta terma perjanjian antara kedua-dua belah pihak masih belum dirungkai oleh pemimpin DAP itu kerana pemilikan tanah di Kelantan itu yang hampir 100 peratus dimiliki oleh Koo Ham rupa-rupanya berada di luar pengetahuan pucuk pimpinan parti," katanya.
BN PERAK
No comments:
Post a Comment