Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 18 January 2013

Siapa Lebih Layak Didalam Majlis Belia Malaysia (MBM) !!!


Majlis Belia Malaysia

Dengar cerita tak lama lagi akan ada pemilihan baru untuk memilih jawatankuasa baru dalam Majlis Belia Malaysia.Menurut sumber terdapat beberapa usaha cuba menjatuhkan kepimpinan yang sedia ada .

Daripada pemerhatian yang dibuat anak jati melihat persaingan merebut jawatan dalam pertubuhan besar ini adalah satu proses biasa dalam kematangan demokrasi.

Menurut sumber Dikhabarkan akan berlaku satu pertandingan secara besar-besaran antara dua kumpulan. Kumpulan pertama merupakan sebahagian besarnya penyandang jawatan yang diketuai oleh Presiden sekarang, Saudara Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Bagi kumpulan dijangka akan turut disertai saudara Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MBM. Jawatan Timbalan Presiden kosong berikutan penyandangnya, Tuan Haji Shukor Yussof telah melebihi usia 40 tahun.

Menurut sumber daripada Blog Daeng Selili sepanjang dua tahun terakhir ini telah banyak perubahan dan pembaharuan dibuat oleh Maliki biarpun beliau bukanlah tokoh pemimpin yang dikenali ramai ketika mengambil alih MBM. Sepanjang dua tahun ini kepimpinan MBM sedia ada telah berjaya menyelamatkan Wisma MBM yang dirancang untuk dijual sebelum ini kerana masalah kewangan. Sebaliknya anak-anak muda ini telah menghidupkan kembali Wisma MBM dengan pembukaan kafe siber dan hostel. Ini seklaigus mewujudkan pendapatan sendiri bagi Wisma terbabit.

Selain itu, khabarnya banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewah Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.

Sumber daripada blog NadiBelia juga sedang sibuk mempromosikan calon-calon yang akan bertanding untuk pemilihan nanti.Antara yang ada adalah seperti yang dibawah ini.






Manakala sumber daripada blog Tipu Gila pula,dalam artikelnya yang bertajuk Pejabat Pm Jangan Buat Pekak Badak Sahaja ada mengulas tentang seorang calon iaitu Seluruh perwakilan ke Mesyuarat Agung MBM sudah tahu bahawa Dato Irmohizam Ibrahim J.P. mendakwa kononnya team beliau bersama Jais Karim (GPMS)diminta oleh Pejabat Perdana Menteri bertanding menentang Muhammad Maliki Rapiee. 

 Team Three Stooges ini sibuk mengatur agenda melingkupkan MBM tanpa pengetahuan Perdana Menteri. Sekarang ini hendak Pejabat Perdana Menteri jelaskan adaah benar dakwaan Irmohizam bahawa PM minta beliau bertanding. Jangan jadi macam Majlis Belia Selangor, sibuk jual nama PM tapi bila menang apa pun tak bergerak sehingga sekarang. 

Menurut sumber lagi Angkara Datuk Irmohizam J.P., menggunakan nama pejabat Perdana Menteri, sekarang ini wujud perang besar dalam Majlis Belia Malaysia (MBM).

Daripada sumber blog Daeng Selili Jika benar Irmohizam merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri wajarlah beliau memikirkan cara terbaik membantu Perdana Menteri bukannya menambah masalah kepada Perdana Menteri. Jika beliau tidak mempunyai kaitan dengan pejabat Perdana Menteri, maka eloklah beliau membuat kenyataan umum menafikan dakwaan ini.

Ambillah iktibar pada pemilihan penggal lalu apabila ada mereka yang berkepentingan dikatakan cuba mencaturkan pucuk kepimpinan MBM menggunakan nama Perdana Menteri. Akibatnya, banyak masa terpaksa digunakan untuk memulihkan keadaan antara kepimpinan MBM dengan kerajaan.

Oleh kerana pencalonan jawatan hanya akan dibuka esok, mereka yang terbabit berfikirlah dengan waras sebelum memporak-perandakan Majlis Belia Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget