Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 18 January 2013

IMBAS KEMBALI:KRONOLOGI : PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU BN PERAK


kemaskini : 10.55pm

Maklumat menyatakan hampir 60% yang berhimpun dan cuba membuat kekacauan adalah orang luar yang dibawa oleh pemimpin pakatan rakyat luar perak... 40% orang perak yg hadir adalah kebanyakannnya cina dan india... melayu yang hadir merupakan fanatik PR - Pakat Rela (jadi boneka DAP)... rakyat perak tidak mahu terikut-ikut rentak MB Nizar selaku boneka DAP lagi... walaupun kenderaan bertali arus bukan kerana mahu hadir memberikan sokongan sebaliknya kesesakan disebabkan perhimpunan dan kekacauan lalu lintas oleh penykong Pakatan Rakyat.

kemaskini 10.45pm

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

kemaskini 9.15 pm

RTM menemuramah Y.B Dato' Zahid Hamididi TV 1 - Dato' Zaid berharap semua pihak dapat menerima secara terbuka kerana proses itu sah mengikut undang-undang waktu BN tewas kita terima dengan hati terbuka secara gentleman walau kita boleh pertikai kerana Pakatan Rakyat bukan gabungan berdaftar secara sah seperti BN yg mana ada ruang keraguan & pertikaian kerana kalau mengambil kira parti terbanyak menang pastinya BN layak...

Tapi kita akur... menerima hakikat dan kini apa bila BN memiliki majoriti mereka juga perlulah akur seperti BN dahulu... Dato' Zahid percaya kalau hal ini diselesaikan oleh ORANG NEGERI PERAK SAHAJA dia pasti tiada masalah melainkan ada org luar yang pula melebih-lebih memainkan isu ini ( Anwar, Azmin, Khalid, Lim Guan Eng, Karpal da lain-lain) bimbang lain pula jadinya.

Tambahnya orang Perak dah lama merana... hingga timbul kekesalan kerana mengundi Pakatan Rakyat... pelbagai isu yang merentap perasaan org melayu... kini kita harus bersyukur Allah SWT memberikan peluang kedua yg harus kita hargai bukan sahaja rakyat tetapi pemimpin BN [erak untuk membuktikan dan meraih semula kepercayaan rakyat.

kemaskini 8.35 pm

RTM menemuramah Datuk Dr Zambry Abd Kadir di TV 1 - Y.B Menteri Besar meminta semua rakyat perak bertenang dan kembali bersatu dibawah pimpinan baru demi masa hadapan perak dengan mementingkan proses Musyawarahm, tolak ansur dan menjadikan sejarah sebagai inti pati rujukan utama dalam sebarang keputusan.

kemaskini 8pm

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.
Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.
Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.

kemaskini 7.50pm

Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.

kemaskini 6.26pm

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang. Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.

kemaskini 6.13pm

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."

kemaskini 5.52pm

Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.

kemaskini 5.01pm

Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.

kemaskini 4.55pm

Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut

kemaskini 4.50pm

Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

kemaskini 4.40pm

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.Beliau juga berkata,

"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama."Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.


kemaskini 4.05pm

Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing. kemaskini

kemaskini 3:04pm

Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah pula kini kononnya menjadii sasaran BN susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti. Difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.

kemaskini 3.20pm

Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi. Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan. Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.

Kemaskini 2.33pm

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm

Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm

Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

Masa : 1.16 PETANG

“Alhamdulillah. Ia petanda baik,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik keluar dari Istana Kinta di sini selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta pada 12.45 tengah hari kelihatan tersenyum selepas menghadap selama 20 minit.Beliau yang sebelum itu menghadiri majlis perasmian Ladang Padi Gedung Sime Darby oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ladang Tali Air, Bagan Serai, kira-kira 130 kilometer dari sini, kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis pada pukul 11.40 pagi.

Menteri Besar tersebut dilaporkan sempat memberitahu pemberita bahawa beliau telah dipanggil menghadap oleh Sultan Azlan Shah di Istana Kinta. Sebelum ketibaan Mohammad Nizar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim kelihatan memasuki istana pada pukul 12.15 tengah hari. - Bernama

Masa: 12.45 tgh
Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta untuk mengadap DYMM Sultan PErak

Masa 11:48 pagi

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai.

Masa kira-kira 11.45 pagi

Menteri Besar Perak menerima panggil menghadap DYMM Sultan Perak menjelang tengah hari ini dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.



Masa 11.35 Pagi

Dato' Seri Najib bersam 4 Adun keluar dari Istara Kinta kembali semula ke bangunan UMNO dengan disambut tepukan gemuruh pukul 11 pagi tadi. Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri. Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Timbalan Perdana Menteri kini mengadakan sidang akhbar dipercayai bagi memaklumkan hasil pertemuan dengan Sultan Perak berhubung pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak. – Utusan

Masa : 10.55 pagi

Dato' Seri Najib kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada jam 10.55 pagi ini.

Masa : 10.35 - Dato Seri Najib Meninggalkan Istana

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Masa : 9.50 - Dato Seri Najib Mengadap DYMM Sultan Perak

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

http://idealismalaysia.blogspot.com/2009/02/pembentukan-kerajaan-perak-baru-bn.html




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...