Mengejutkan apabila seorang wanita tiba-tiba bersalin di kawasan Tempat Menunggu orang awam di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 11 pagi ini di Kangar.
Menurut sumber , wanita berkenaan berada di mahkamah kerana menunggu suaminya seorang orang kena tuduh (OKT) yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).
Shahidawati Shabudin, 37, dikatakan sudah mula menunjukkan tanda untuk bersalin ketika sedang menunggu suaminya itu. Dia sebenarnya baru sahaja keluar dari mahkamah di mana dia dilihat seperti menahan sakit tetapi digagah juga melangkah untuk mencari tempat duduk.
Salah seorang tukang cuci di mahkamah berkenaan mula perasan wanita itu telah mula mengalami pendarahan.
"Tukang cuci itu kemudian membantu wanita tersebut termasuk memeriksa kandungannya dan mendapati kepala bayi sudahpun kelihatan pada waktu itu. Dia kemudian membantu sehingga wanita itu selamat melahirkan bayinya.,'' cerita seorang peguam, Suhaila Ahmad.
No comments:
Post a Comment