Ia mengenai luahan seorang bapa yang terperanjat apabila anak perempuan rakannya memberitahu sekolah yang dihadirinya tidak membenarkan lagu Negaraku dinyanyikan kerana ia berada di ‘bawah Barisan Nasional (BN)’.
Mungkin bermaksud ia milik BN lah kot.Kejadian didakwa berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Pulau Pinang. Ia dilakukan oleh guru sekolah berkenaan. Pelajar hanya boleh menyanyi lagu negeri.
Menurut dakwaan pemilik akaun itu, tindakan berkenaan bagi memperlihatkan sokongan kepada kempen Ubah yang dibawa DAP.
Tidak diketahui secara tepat sekolah mana yang dimaksudkan.
Melihat kepada sikap kurang ajar pengundi DAP seperti menafikan hak mengundi warganegara ini dengan bersikap rasis apabila menuduh sebahagian rakyat dengan warna kulit tertentu sebagai pendatang Bangladesh dan sebagainya, maka penulis tidak terperanjat jika kejadian melarang menyanyi lagu Negaraku itu benar-benar berlaku.
Justeru ia perlu disiasat secara menyeluruh dan mendalam serta tindakan seperti di bawah Akta Hasutan atau akta yang bersesuaian diambil jika ia benar.
Jika tidak benar, maka masyarakat perlu diberitahu ia tidak benar.
No comments:
Post a Comment