Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 12 May 2013

NAJIB MENOLAK???

NAJIB Tun Razak mendengar khutbah ketika beliau bersama jemaah yang lain sebelum menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan anaknya, Nor Ashman (tunduk). - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha bersungguh-sungguh menolak fahaman ekstremis dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara.

Perdana Menteri berkata, BN juga akan meneruskan usaha meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau turut berjanji menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa atau ideologi politik.

"Cinta saya terhadap negara tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini.

"Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita," katanya dalam entri bertajuk Terima Kasih Malaysia di blog http://www.1malaysia.com.my hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut menyifatkan Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) sebagai paling sengit dalam sejarah negara dengan menyaksikan begitu banyak pandangan dan hujah-hujah berbeza ditawarkan kepada rakyat.

Jelas beliau, ada pandangan dan hujah yang menyemarakkan semangat tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka.

"Kini tempoh pilihan raya telah berakhir, tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.

"Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk terus mentadbir negara," katanya.

Dalam entri sama, Najib mengimbau kembali perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjayanya selama ini.

"Saya masih ingat lagi kali pertama dipilih menjadi Ahli Parlimen (Pekan, 1976), kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan.

"Sepanjang empat tahun lalu, saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri," katanya.

Namun, Najib memberitahu, pencapaian paling bererti tercatat awal pagi Isnin lalu selepas beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan pelaksanaan yang dimulakan sejak empat tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget