Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 12 May 2013

PAS PUNCA KALAH DI KEDAH DAN PAS TIADA EXCO DI P.PINANG !!!





Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Pas sebagai punca kejatuhan kerajaan negeri itu kepada Barisan Nasional.
Guan Eng bercakap dalam program DAP di ibu kota hari ini menafikan dakwaan BN kuat di Kedah sebaliknya pepecahan dalaman Pas Kedah menyebabkan kerajaan negeri yang sebelum ini diperintah oleh Pakatan telah tumbang kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Di Kedah, dalam PRU 13, BN berjaya memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membolehkan parti itu membentuk kerajaan baru, berbanding dengan Pakatan yang hanya memenangi 16 kerusi, iaitu Pas menang 10 kerusi, PKR 4 dan DAP 2 kerusi.
Manakala di peringkat parlimen pula, BN memenangi 10 kerusi, PKR 4 dan Pas 1.
Sementara itu di Pulau Pinang, walaupun Pakatan Rakyat mendakwa menjalankan kerjasama yang telus, namun wakil Pas tidak dilantik apa-apa jawatan dalam kerajaan baru Pulau Pinang, pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Perkongsian kuasa untuk pembentukan kerajaan baru negeri itu dilakukan di antara DAP dan PKR serta mengenepikan Pas, walaupun terdapat wakil parti itu menang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), Pas meletakkan 6 calon di peringkat DUN, iaitu di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Sungai Acheh dan Bayan lepas, namun tewas kesemuanya kecuali di DUN Permatang Pasir yang diwakili Datuk Mohd Salleh Man.
Walaupun Pas menang di DUN itu, namun Salleh Man yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang tidak dilantik jawatan Exco dalam kerajaan negeri itu.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sepatutnya mengurus hal ehwal agama Islam di negeri itu diserahkan kepada wakil PKR, Abdul Malik Kassim (Batu Maung).
DAP membolot jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri II dan enam orang Exco, manakala PKR diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan dua exco.
1. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP – Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) mengetuai Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan.
2. Timbalan Ketua Menteri I – Rashid Hasnor (PKR- Pantai Jerejak), mengetuai Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan.
3. Timbalan Ketua Menteri II – P Ramasamy (DAP – Perai) – Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.
EXCO
1. Chow Kon Yeow (DAP – Padang Kota) – Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik
2. Lim Hock Seng (DAP- Bagan Jermal) – Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan
3. Danny Law Heng Kiang (DAP- Batu Lanchang) – Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
4. Phee Boon Poh (DAP – Sungai Puyu) – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar
5. Jagdeep Singh Deo (DAP- Datok Keramat) – Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan
6. Chong Eng (DAP – Padang Lalang) – Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat
7. Dr Afif Bahardin (PKR – Seberang Jaya) – Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget