Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 22 May 2013

PANAS BERAPI !!! MEMANG BIADAP !!!DJ radio Bangsa CINA raba TETEK !!!

Hiasan Sahaja


DJ Radio Ken Low yang lebih dikenali sebagai Ah Ken muncul di Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan mencabul pengacara tv dan rakannya di sebuah majlis.

Penyampai berita dan hiburan, Siow Hui Min dan Ting Yan Jing telah mendakwa DJ stesen radio UFM 100.3 itu telah meraba buah dada mereka, lapor The Straits Time.

Low, 28 bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut ketika perbicaraan yang bermula Rabu minggu lepas. Katanya lagi, hanya beliau sahaja seorang lelaki yang hadir dalam parti yang meraikan seorang rakan kepada tunangnya.

Beliau telah datang ke Kuala Lumpur pada 21 Julai tahun lepas untuk melawat tunangnya yang kini isterinya dan DJ Mary Lau ketika majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel.

"Hubungan kami merentas sempadan, dan saya berada di situ hanya untuk dua hari, jadi saya turut serta dalam parti tersebut," kata Low.

Beliau juga mendakwa ketika itu semua orang sedang mabuk, dan tidak mampu untuk mengingati kejadian tersebut kerana tidak sedarkan diri selepas itu. Ketika beliau sedar, isterinya memberitahu dua orang wanita mengadu buah dada mereka diraba olehnya.

Low dan Ms Lau cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik, tetapi tidak berhasil. Beberapa hari selepas itu, Ms Ting membuat laporan polis.

"Ini merupakan satu pengalaman hitam untuk saya tetapi saya bersyukur ianya sudah berlalu. Tahun lepas, kami terpaksa berulang-alik untuk menguruskan majlis perkahwinan," kata Low yang mengahwini Ms Low September lepas.

"Isteri saya sentiasa berada di sisi saya, dan kami percaya semuanya akan menjadi bertambah baik dalam hubungan kami."
Pengarah program untuk UFM 100.3 Carine Ang, 39 berkata mereka sedang menunggu keputusan dari mahkamah sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Ianya amat sukar sekali kerana melibatkan rakan karib. Kami percaya Ken dan akan memberi sepenuh sokongan untuknya," kata Ms Ang.

Ditanya mengenai masa depan kerjayanya, Low menjawab: "Saya lebih risaukan kesihatan ibu bapa saya."

Perbicaraan dijangka selesai hujung 
bulan hadapan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...