Berikan mereka 100 hari ! |
DALAM apa sahaja keadaan pun kabinet yang dikenali sebagai Pasukan Transformasi PM Najib ini harus disokong dan saya bersetuju bahawa adalah terlalu awal untuk mengkritik kuasa PM Najib melantik mereka ini untuk mengisi jawatan sebagai Menteri Kabinet kerana mereka ini harus diberikan peluang walaupun rata-rata masih mengkritik pemilihan yang dilihat tidak dilakukan secara berhati-hati,mengambil kira pengalaman serta latar belakang kepimpinan.
Kita berikan mereka masa 100 hari untuk melihat apakah PM Najib betul memilih mereka untuk mengisi jawatan di Kementeran masing-masing baik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri dan memperlekehkan nama-nama seperti Hassan Malek yang dilantik sebagai Menteri KPDNKK,Shahidan Kasim serta Idris Jusuh dan juga Husni Hanadzlah bukan lagi masanya kerana paling penting adalah melihat apakah betul transformasi cabinet yang PM Najib sebut-sebutkan sejak mengambil alih tampuk pemerintagan Perdana Menteri daripada Pak Lah.
Kata orang kehebatan seseorang Menteri itu adalah kerana disokong oleh semua pegawai-pegawai di kementeriannya yang bermula daripada Ketua Setiausaha sehinggalah kepada Budak Pencari Fail kerana kerja-kerja menguruskan segala hal ehwal kementerian tersandar di bahu mereka ini dan buruk atau baik kepimpinan sesorang Menteri itu bergantung kepada sejauh mana sokongan yang mereka terima daripada semua peringkat kepagawaian kemnterian berkenaan.
Putrajaya menghadapi cabaran yang cukup besar selepas PRU13 kerana ternyata terlalu ramai penjawat awam yang menentang kerajaan dan mengundi pembangkang malah di Parlimen Putrajaya sendiri hamper lima ribu warganya membunag undi untuk Husam Musa yang kita faham mereka ini adalah sebahagain besar penjawat awam yang menikmati segala nikmat daripada kerjaan Barisan Nasional.
Transformasi PM Najib harus secara menyeluruh dan beliau harua mengambil iktibar kepada apa yang berlaku sebelum ini kebocoran maklumat yang disifatkan melanggar Akta Rahsia Rasmi ataupun melanggar sumpah jawatan yang dilakukan oleh Penjawat-Penjawat Awam serta penyalahgunaan kuasa serta kedudukan.
Husni harus direhatkan kata pemerhati politik.. |
Cabaran besar menanti PM Najib dan harus juga dilakukan adalah mengenal pasti semua Penjawat Awam yang telah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan selama ini taupun yang sememangnya menjadi agen pembangkang untuk meruntuh serta melemahkan kerajaan pimpinan PM Najib dari dalam.
Kita percaya PM Najib sudah pun mendapt maklumat pegawai-pegawai atasan ataupun bawahan mana yang mengkhianati beliau,KSU,TKSU,SUB dan seluruh Pengarah-Pengarah ataupun Ketua Jabatan dan agensi yang memberikan laporan salah kepada beliau,memperbodohkan beliau ataupun kalangan mereka yang bersikap talam dua muka terhadap PM Najib.
Kita setuju tentang demokrasi,mereka boleh memilih siapa pun yang mereka suka tetapi untuk `Government Of The Day’ sekiranya mereka bukan pendokong aspirasi kerajaan yang sedia ada dan berniat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan berolok-olok menyokong PM Najib sedangkan jiwa raga mereka adalah pembangkang,mereka ini harus direhat ataupun dibersarakan dan PM Najib harus membuat pembersihan ini bermula dari pejabatnya dahulu sebelum `membersihkan’ keseluruhan penjawat awam yang bersikap kacang lupakan kulit,api dalam sekam serta duri dalam daging ini.
Parasit-parasit yang selama ini berwajah macam-macam rupa harus ditunjukkan jalan keluar daripada kementerian ataupun jabatan dan dalam soal ini ada pula yang bertanya,beranikah PM Najib mengambil tindakan drtastik demi mempertahankan kerajaannya hingga PRU 14 ataupunPRU15?
PM Najib sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri sistem `cash is king’ yang beliau perkenalkan tidak membawanya hingga mendapat 2/3 majoriti di Parlimen ataupun menjadi 152 kerusi Parlimen yang disasarkan oleh kepimpinan Barisan Nasional dan dalam soal ini PM Najib harus berjiwa besar dan tidak takut dengan tekanan daripada mereka yang terbabit sekiranya PM Najib menyingkirkan mereka ataupun menamatkan kontrak mereka.
Penjawat-Penjawat Awam yang disuapkan oleh PM Najib dengan berbagai-bagai intensif tetap juga menggigit beliau dan Ketua-Ketua Jabatan yang dinaikan pangkat sehingga ke JUSA A tetap juga mengkhianati beliau dan PM Najib harus mengenal pasti ular-ular yang bakal menggigit beliau sekiranya ular-ular ini dibiarkan terus berkeliaran di sekelilingnya,bersedialah PM Najib untuk dpatuk bagi kali keseterusnya.
Untuk berhadapan dengan cabaran PRU14 akan datang,PM Najib harus betul-betul memilih pasukan transforamsi daripada semua peringkat yang boleh mendokong kepimpinan serta hala tuju beliau untuk masa depan rakyat dan Negara ini dan PM Najib tidak boleh sama sekali menyimpan pegawai politik ataupun kementeriannya yang menganggap` Najib Boss saya tapi Anwar Idoal saya’.
No comments:
Post a Comment