Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 18 April 2013

Gempar !!! Meroyan Lagi !!! Kamelia Ugut Untuk BN Bertanding Atas Tiket Bebas



Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang pernah mendesak Dato Seri Shahrizat supaya meletak jawatan hari ini mula mengugut pemimpin Barisan Nasionan ekoran beliau tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Kamilia Ibrahim kata itu sebagai satu penghinaan kepada saya.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana saya tidak diberi pengiktirafan sewajarnya,” katanya lagi.

“Saya banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan saya ada,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap saya tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat saya tidak ada perasaan,” katanya.

“Jika permintaan tidak diberi, saya mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya akan lakukan sesuatu, tetapi saya menunggu keputusan parti untuk diri saya.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.

Difahamkan Kamelia telah ditawarkan bertanding di Dun Chandan tetapi beliau enggan kerana bagi beliau calon Dun tidak layak untuk dirinya dan beliau mahu menjadi calon Parlimen.

Kamelia dikatakan calon yang tidak boleh menang kerana belliau dilihat malas untuk turun padang berjumpa rakyat dan ramai wanita di kawasan beliau sendiri kekok untuk bekerja dengan beliau kerana beliau terlalu bersifat protokol.

Disebabkan itulah calon Parlimen Kuala Kangsar di beri kepada Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad yang akan berhadapan dengan Khalil Idham Lim Abdullah calon dari Pas.

1 comment:

  1. buat malu org kuale jer.udahlah kak yong oiii..yg penting parti,bukan individu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...