Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 14 March 2013

Terkini!!Bekas Timbalan Panglima Kene Balun !!!



Hek eleh!!! Tak best lansung. Nama je gah. Tapi kena tenyeh jugak rupanya. Ingatkan bila dia bercakap, pandai sangat pasal Ketenteraan.

Rupa - rupanya, dia sendiri pun tak tahu penuh pasal misi yang dilaksanakan. Sama ada dia tak tahu atau saja - saja buat tak tahu, tak pasti la pulak kan. Tapi, apa yang pasti, asal nama je pengikut Parti Angguk Saja, memang Bonggok!!!
KUALA LUMPUR 13 Mac - Kementerian Pertahanan hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat.

Ghafir membuat dakwaan itu ketika berucap pada Forum T anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di Jalan Maharajalela di sini semalam.

Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada Utusan Online berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal.
Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima.
Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar.
Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.

3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain.
Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan.
Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat.
Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...