Kajian oleh Majlis Profesor pd minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan
BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan
semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak
72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri
manakala Anwar memperolehi 28% sokongan. Sebanyak 72% responden
menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR
dan 2% akan mengundi calon bebas.
Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan
Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 55%
responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45%
sokongan. BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53%
sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan
mengundi calon bebas.
BN juga dilihat memiliki kelebihan di negeri-negeri pantai timur iaitu
Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebanyak 55% responden di zon pantai
timur menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri manakala
Anwar memperolehi 45% sokongan. Dari segi parti pilihan, 51% responden
di pantai timur memilih BN, 38% PR dan 11% bebas.
Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada BN. Sebanyak 65%
responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar
memperolehi 35% sokongan. Dari segi parti pilihan, sebanyak 62%
responden memilih BN, 37% PR dan 1% bebas.
Berdasarkan dapatan kajian ini, BN dijangka kekal memerintah di Johor,
Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan
Sarawak. Dengan tahap sokongan yang agak tinggi di zon tengah, utara dan
timur, BN dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk menang
No comments:
Post a Comment