Biar betul Pagi
tadi ebb ada mendapat satu pesanan ringkas (sms) yang memberitahu pihak
pembangkang akan mula melakukkan kekecohan (tunjuk perasaan) jika
mereka kalah pada PRU 13 nanti.
Mereka juga
akan sentiasa menyalahkan kerajaan dan SPR khususnya didalam
pilihanraya.Sebagai contoh semasa undi pos mereka sentiasa mencari
segala kesilapan SPR didalam menguruskan undi pos.
Dan tidak
mustahil pada hari mengira undi nanti,apabila mereka tahu mereka
kalah,mereka akan menyalahkan kerajaan dan SPR tidak telus semasa
mengira peti undian.
Setiap hari
kita dihidangkan dengan pelbagai karenah pembangkang yang sah belum
terbukti, tidak pernah ada kata putus mengesahkan mereka bersatu padu.
Menurut info
dari seorang penganalisis politik(nama harus diharuskan) , beliau
berkata Pembangkang yang diterajui parti utama iaitu PAS ,PKR dan Dap
sedang mewujudkan satu suasana yang melambangkan mereka diambang
kemenangan.
Oleh itu
masyarakat malaysia harus sedar dan pandai membuat undian yang betul
untuk hidup dalam negara yang selamat dan lebih terjamin.Jangan sesekali
terpedaya dengan perkataan 'ubah' kerana sekali berubah selama-lamanya
kita akan dijajah kembali.
No comments:
Post a Comment